Najib boleh dipenjara 17 tahun
Iklan
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah di atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd. Gambar kecil: Dr Noorfajri Ismail
SHAH ALAM - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dipenjarakan selama 17 tahun jika gagal membayar denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pakar perundangan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Noorfajri Ismail berkata, 17 tahun itu termasuk 12 tahun hukuman penjara dan lima tahun tambahan sekiranya gagal membayar denda tersebut.