Tindakan Ali Biju tepat, perlu turun padang buktikan keikhlasan
Iklan
Selepas empat hari penamaan calon, Ali Biju akhirnya mengumumkan menarik diri daripada bertanding di DUN Krian.
SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, menarik diri daripada merebut kerusi DUN N39 Krian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah tepat dan mampu membantu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik, memenangi kerusi berkenaan.
Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, tindakan awal Ali menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas tidak mengejutkan namun sesuatu tidak wajar dan bertentangan dengan keputusan Perikatan Nasioanal (PN).