'Perang' China ke atas ekonomi Australia
Iklan
Hubungan antara China dengan Australia kini berada pada tahap yang paling rendah. - Foto AFP
PERBALAHAN antara China dengan Australia semakin meningkat sejak akhir-akhir ini yang melibatkan pelbagai isu ekonomi, pertahanan, teknologi dan yang terbaharu ialah tentang penghantaran para pegawai negara kanggaru itu ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada tahun depan.
Keputusan itu dibuat sehari selepas Amerika Syarikat mengumumkan memboikot diplomatiknya terhadap sukan tersebut.