Mencipta sejarah di Columbia dan kini kembali mulakan sejarah baharu
Iklan
Gambar Mansor ketika belajar di Columbia University iaitu salah sebuah universiti terbaik di Amerika Syarikat.
[CATATAN PERTAMA] Isnin, 6 Disember 2021. Saya rasa lega sebab sudah berada di dalam ruang berangkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sedang menunggu masa masuk ke dalam pesawat untuk ke Lapangan Terbang Narita di Jepun.
Dari situ, saya akan berpindah ke pesawat lain untuk ke Lapangan Terbang Newark di New Jersey, Amerika Syarikat (AS). Destinasinya ialah New York.