Sekuriti makanan negara ibarat telur di hujung tanduk - BNM
Iklan
Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun ini.
USAHA penandaarasan antarabangsa dalam menentukan tahap sekuriti bekalan makanan negara menunjukkan Malaysia telah mencapai prestasi agak baik dengan menduduki tempat ke-39 berbanding tempat ke-48 pada tahun sebelumnya menerusi Global Food Security Index (GFSI) 2021.
Berdasarkan laporan buletin Bank Negara Malaysia (BNM) bagi suku ketiga tahun 2021, kekuatan utama penarafan sekuriti makanan di Malaysia disebabkan skor dan penarafan yang lebih baik dari aspek ‘kemampuan’.