Omicron ancam seluruh dunia
Iklan
Ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan varian Omicron.Gambar hiasan
JANGKITAN varian Covid-19 baharu B.1.1.529 yang dikenali sebagai Omicron kini muncul sebagai virus paling menakutkan kerana ia lebih mudah menular berbanding varian Delta.
Biarpun sehingga hari ini belum dipastikan sejauh mana ganasnya virus itu, tetapi rakyat di seluruh dunia mengambil langkah berwaspada dengan melakukan langkah-langkah pencegahan lebih ketat berbanding sebelumnya.