Tingkat AP import bukan solusi jangka panjang
Iklan
Hasil pertanian dikumpulkan untuk dihantar ke pusat pengumpulan terpilih atau dijual terus kepada pemborong di Pasar Borong Selayang.
SHAH ALAM - Langkah kerajaan meningkatkan pengeluaran permit import (AP) bekalan makanan asas bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang sebenarnya bukan solusi jangka panjang dalam menjaga kemampanan tahap sekuriti makanan negara.
Sebaliknya, pengasas Malaysian Agropreneur Network, Amy Ashraff Suriadi, 35, menegaskan inisiatif kebergantungan kepada import makanan asas untuk menstabilkan harga sebenarnya memberi kesan mudarat yang jauh lebih besar kepada industri pertanian dan asas tani sendiri.