Abang Jo dijangka ulang skrip menang besar Tok Nan
Iklan
Gabungan parti dalam GPS diramal tiada masalah untuk memenangi semula PRN pada tahun 2021 kelak. Gambar kecil: Jayum Jawan
[MUKADIMAH] Menjelang penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 Isnin ini, ramai pemerhati politik yang berpandangan skrip kemenangan dilakar Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri tahun 2016 dijangka bakal berulang.
Bahkan, parti-parti dalam BN Sarawak yang telah dijenamakan semula sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas kekalahan kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), turut dijangka mendapat kelebihan berbanding pencabarnya termasuk Pakatan Harapan (PH).