Negara kaya bolot vaksin punca kemunculan Omicron?
Iklan
Seorang kakitangan kesihatan melakukan ujian PCR di makmal Lancet di Johannesburg selepas varian Omicron semakin menular di negara itu.
PADA Oktober 2020, saintis di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin untuk memerangi pandemik Covid-19.
Ketika itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan satu-satunya cara untuk mengekang wabak itu adalah dengan memastikan negara miskin mendapat akses kepada vaksin secara adil.