Kos kelengkapan kahwin turut terkesan
Iklan
Pakej pelamin disediakan butik perkahwinan Nazha Weddings setakat ini masih mengekalkan harga sama kepada pelanggannya. (Gambar kecil: Muhammad Zainudin)
Barang diimport dari negara luar turut alami kenaikan harga disebabkan pandemik Covid-19.
IPOH - Seorang perunding perkahwinan, Muhammad Zainudin Mohd Nadzri menjelaskan kos perkahwinan yang melonjak adalah disebabkan kesan pandemik Covid-19.
Menurutnya, kelengkapan perkahwinan untuk pelamin dan bunga hiasan contohnya, banyak dibeli dari China, tetapi disebabkan Covid-19, harga dan kos penghantaran barangan tersebut telah alami peningkatan.