Lebih 1.2 juta pengundi bakal jadi penentu masa depan Sarawak
Iklan
Sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan di mana seramai 46,565 orang petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN itu.
Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi/saluran.
Sejumlah 1,252,014 orang pengundi di Sarawak layak mengundi dalam PRN ini dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember ini menelan belanja sekitar RM150 juta
SHAH ALAM - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebenarnya sudah bermula selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.
Berikutan kekalahan itu, empat parti komponen utama iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) membuat keputusan drastik keluar daripada BN Sarawak.