Ibu bapa, pengguna bertanggungjawab atas keselamatan kanak-kanak
Iklan
Kulanthayan (dua dari kanan) bersama Ismail (kiri), Mohamad Hafiz (dua dari kiri) dan Azlan (kanan) dalam Wacana Sinar Harian Edisi ke-307 yang bertajuk 'Jalan Raya Bukan Destinasi Terakhir' pada Selasa.
SHAH ALAM - Keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya merupakan tanggungjawab bersama oleh ibu bapa dan semua pengguna jalan raya.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Kulanthayan K.C Mani berkata, kanak-kanak khususnya yang berumur lapan tahun ke bawah tidak mempunyai kapasiti untuk membuat keputusan tepat atau selamat atas jalan raya.