Ketepi sengketa peribadi, PH kena wujud 'khemah besar' pembangkang
Iklan
Pembentukan khemah besar membabitkan kesemua parti yang berada dalam blok pembangkang amat diperlukan bagi mengelakkan kekalahan blok itu pada PRN Melaka berulang pada PRU15.
SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengenepikan sengketa peribadi dan mengambil pendekatan pragmatik untuk bekerjasama dengan parti-parti lain dalam blok pembangkang bagi membentuk khemah besar blok itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam kenyataan bersama enam Ketua Pemuda kawasan Parti Amanah Negara (Amanah), kumpulan itu menggesa kepimpinan PH berjiwa besar untuk bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan Negara (Warisan) dan parti-parti lain yang sehaluan bagi mengelakkan kegagalan blok pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berulang.