"Jangan risau, Insya-ALLAH PKPS ada...”
Iklan
PKPS mempunyai mekanisme kawalan harga tersendiri memandangkan ladang mereka iaitu Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya turut mengeluarkan hasil sayur-sayuran sendiri.
DI saat seluruh negara sedang memperkatakan tentang kenaikan harga sayur-sayuran, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tampil dengan jaminan bahawa harga jualan produk sayuran mereka kekal pada harga rendah dan berpatutan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dalam satu kenyataan berkata, PKPS melancarkan kempen jualan mega jimat untuk memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses kepada sayur-sayuran berkualiti pada harga rendah.