Landskap politik semakin pulih
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen pada September lalu. Gambar kecil: Anbumani Balan
SHAH ALAM - Pejam celik, pada Ahad genap 100 hari pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang kesembilan selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos lalu.
Penganalisis Politik, Datuk Anbumani Balan berpandangan sejak Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri, politik dan situasi dalam negara semakin stabil.