Omicron: Sekat kemasukan pengembara luar wajar
Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF. Gambar kecil: Dr Mohammad Farhan Rusli, Dr Malina Osman.
SHAH ALAM - Keputusan kerajaan menyekat kemasukan pengembara dari negara yang mempunyai varian Omicron wajar kerana kesan terhadap varian tersebut masih tidak diketahui.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, keputusan itu boleh dipertimbangkan sekiranya kesan varian tersebut telah dikenal pasti.