Dulu tegang, kini tenang
Iklan
Tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Ismail Sabri adalah ujian getir yang perlu dilepasi kesemua 31 kementerian bagi memenuhi KPI ditetapkan Perdana Menteri kesembilan itu.
SHAH ALAM - Pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri yang kesembilan selama 100 berjaya membuktikan kestabilan politik dalam negara di samping mencerminkan konsep Keluarga Malaysia yang baik.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri khususnya konsep penghayatan dan semangat Keluarga Malaysia itu dapat menyatupadukan rakyat.