Had mampu tunai haji berubah
Iklan
Kemampuan menunaikan haji diukur dari segi perbelanjaan, kesihatan, keselamatan perjalanan pergi balik dan semasa berada di sana.
SHAH ALAM - Had kemampuan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah haji telah berubah berikutan kos bagi menunaikan rukun Islam kelima itu meningkat disebabkan pandemik Covid-19 dan cukai nilai tambah (VAT) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, disebabkan situasi itu, bilangan umat Islam yang dapat menunaikan haji akan berkurangan sebagaimana tahun 50an dahulu.