Kadar pengangguran tunjukkan pemulihan
Iklan
Pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan pelancongan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Gambar kecil: Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan
SHAH ALAM - Kadar pengangguran negara menyaksikan penurunan kepada 4.6 peratus sejak Ogos lalu, susulan lebih banyak aktiviti ekonomi mula dibenarkan beroperasi.
Pemulihan kadar pengangguran tersebut dilihat sebagai salah satu petunjuk positif kepada KPI 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengetuai Putrajaya sejak 21 Ogos lalu.