Kestabilan jangan sekadar slogan
Iklan
BN menang pada PRN Melaka pada 20 November baru-baru ini.
KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menolak tanggapan banyak pihak bahawa pertandingan tiga penjuru dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengundang kekalahan BN.
BN menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala PH hanya berjaya memenangi lima kerusi. PN yang tidak diberi harapan langsung berjaya mencuri dua kerusi.