Perlu perkenal dasar ekonomi versi baharu
Iklan
Nazir Razak. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
MUKADIMAH: Kerajaan perlu memperkenalkan dasar ekonomi versi baharu bagi mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) supaya kebajikan semua golongan rakyat terbela dan dapat mewujudkan Malaysia yang lebih makmur.
Bagi Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak, model keseluruhan dasar ekonomi itu boleh diteliti dan diputuskan menerusi cadangan penubuhan semula Majlis Perundingan Negara (Mapen).