i-Sayang pengiktirafan khidmat tak berbayar isteri
Iklan
Kemudahan i-Sayang dijadual bermula pada suku pertama 2022 sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
SHAH ALAM - Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan kemudahan i-Sayang dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan khidmat tak berbayar isteri dalam keluarga.
Setiausaha Agong Kehormat Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Dr Sabariah Baharun berkata, pihaknya menyokong penuh kemudahan itu yang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.