Hutan muncul di gurun Niger ketika era perubahan iklim
Iklan
Kawasan menghijaukan tanah rata dan gurun di Niger bermula sejak tahun 2013. - Foto AFP
SUATU ketika dulu, kawasan plateau di Niger merupakan tanah yang kering tetapi kini ia menjadi kawasan menghijau semasa dunia dilanda dengan isu perubahan iklim dan cuaca yang ekstrem.
Di kawasan itu, kambing-kambing memakan biji akasia, tapak kaki tupai terdapat pada tanah, mentadak terdapat pada pokok-pokok dan segerombolan belalang memakan daun-daun yang menghijau.