‘Nama saya Bond...James Bond!'
Iklan
Bond yang mulanya muncul dalam bentuk novel, sebelum berkembang kepada filem dan komik, menjadi figura sangat hebat dalam dunia fantasi perisikan. Ia menjadi ikon berstatus legenda yang turut mempengaruhi bidang perisikan di dunia nyata. -Foto: telegraph.co.uk/Madame Tussaud's London
SAYA mengenali James Bond ketika berusia sembilan atau 10 tahun. Bukan melalui filem, bukan juga melalui komik dan novel. Sebaliknya perkenalan bermula dengan sebuah beg.
Pada masa itu, beg James Bond cukup popular. Ia sejenis beg yang bentuknya lebih kurang sama dengan beg peti sering digunakan budak-budak sekolah atau isteri-isteri yang nak lari dari rumah.