Mengapa stres dengan kejayaan?
Iklan
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada PRN di Command Center BN. -Foto fail Bernama
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan. Banyak ulasan dibuat mengenai kemenangan BN yang pada peringkat awal kempen dikatakan goyang.
Menjelang hari mengundi, terdapat analisis yang membayangkan BN akan menang 18 kerusi. Namun, keputusannya BN mendapat sebanyak 21 kerusi iaitu UMNO (18), MCA (dua) dan satu untuk MIC.