Peluang sekali lagi untuk UMNO
Iklan
Kemenangan UMNO/BN pada PRN Melaka bukanlah kemenangan bagi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ia adalah in spite of him kerana PRN itu bukanlah untuk membolehkannya menjadi Ketua Menteri Melaka atau Perdana Menteri Malaysia.
KEKALAHAN Perikatan Nasional (PN) mulanya agak mengejutkan. Tetapi apabila difikirkan, ia tidaklah mengejutkan sangat. Bersatu tidak mempunyai sokongan akar umbi. Ia tidak lagi boleh mengharapkan undi orang Cina dan undi tsunami Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia hanya mengharapkan pengundi Pas dan sebahagian pengundi Melayu yang berpuas hati dengan kerajaan PN diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.