Di sebalik aktiviti lombong emas, ada kesan sampingan
Iklan
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengesan kegiatan melombong emas secara haram menggunakan kaedah lubang di Hutan Simpan Ibam, Muadzam Shah, Rompin pada pertengahan Jun lalu.
SHAH ALAM - Kerajaan negeri perlu mengehadkan pengeluaran lesen kepada individu yang terlibat dengan aktiviti perlombongan emas bagi memastikan ia tidak memberikan kesan kepada penduduk di kawasan sekitar.
Aktivis alam sekitar, Amlir Ayat berpendapat, kegiatan ekonomi merupakan salah satu aspek penting, namun ia harus bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat bukannya memberi ancaman malah keuntungan kepada golongan-golongan tertentu.