Faktor BN Melaka menang besar
Iklan
Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tengah) hadir di Command Center Barisan Nasional bagi meraikan kemenangan bersama jentera BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu. Gambar kecil: Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dipengaruhi tiga faktor utama iaitu calon, jentera parti dan pengundi luar.
Penganalisis Politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, calon yang disesuaikan dengan demografi dan geografi berjaya menambat hati pengundi.