Faktor setempat punca PH gagal?
Iklan
Peratusan keluar mengundi pada PRN Melaka 2021 adalah yang terendah iaitu hanya 65.85 peratus berbanding 84.7 peratus pada PRU14. Gambar kecil dari kiri: Fahmi Fadzil, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pengaruh faktor setempat mengakibatkan kegagalan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk mengulangi kejayaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, peratusan pengundi yang berbeza di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) juga menyumbang kepada kekalahan parti tersebut dalam PRN Melaka.