Kaji semula strategi ambil 'katak politik', guna lambang PH
Iklan
Veteran PKR turut menggesa parti itu mengkaji semula penggunaan lambang pilihan raya PH yang didakwa cenderung kepada DAP. Gambar kecil: Dr Muhammad Nur Manuty
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengkaji semula strategi pengambilan ahli-ahli politik yang lompat parti atau dikenali 'katak politik' dan penggunaan lambang pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu mahu kekal relevan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty berkata, saranan kajian semula penggunaan lambang PH amat penting kerana lambang berwarna merah itu sering dikaitkan stigma kecenderungan kepada DAP dalam kalangan pengundi Melayu.