BN bentuk kerajaan, menang 20 kerusi DUN Melaka setakat ini
Iklan
BN setakat ini memenangi 20 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan di Melaka.
Ketua Pemuda UMNO umum kejayaan tersebut di Facebook miliknya pada Sabtu.
MELAKA - Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Melaka selepas memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan kejayaan itu di Facebook miliknya pada Sabtu.