Saksi sahabat baik gugur di medan perang
Iklan
Zulhisham mengimbau kembali dua rakannya yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis. Gambar belakang: Zulhisham (berdiri tiga kanan) bersama rakan sepasukan selepas pertempuran dengan komunis.
INSIDEN bertempur dengan komunis dan melihat dua rakan seperjuangan gugur di medan perang di Gunung Korbu, Perak pada 1 Jun 1979 masih segar dalam ingatan veteran anggota tentera, Koperal Zulhisham Sharum.
Zulhisham, 63, berkata, dalam operasi khas itu, beliau berkhidmat dengan platun Risik Gempur yang dikenali sebagai Platun UCIS Rejimen Ke-8.