Pengundi ibarat raja hari ini
Iklan
Pengundi disifatkan sebagai raja pada Sabtu ini kerana keputusan undian terletak kepada mereka.
SHAH ALAM - Pengundi perlu menunaikan tanggungjawab turun mengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu bagi memastikan kestabilan, kelangsungan pentadbiran dan kesuburan demokrasi terus berakar di negeri berkenaan.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, PRN Melaka bukan sahaja menentukan masa depan dan pentadbiran negeri tetapi merupakan peristiwa penting yang boleh mencorakkan masa depan serta hala tuju politik negara.