Undang-undang Islam Taliban mendapat pujian
Iklan
Puluhan ribu tahanan di Penjara Pul-e-Carkhi di Kabul telah dibebaskan oleh Taliban semasa pergerakan itu dalam proses mengambil alih ibu kota itu baru-baru ini. - Foto AFP
SEBUAH bilik dilengkapi dengan karpet menjadi penjara kecil buat sementara waktu untuk 12 orang 'pesalah' yang sedang menunggu hukuman dijatuhkan ke atas mereka menerusi satu sistem undang-undang Islam.
Tidak ada seorang pun daripada mereka yang ditahan di tingkat bawah ibu pejabat Taliban di daerah Panjwai, selatan Afghanistan itu yang telah dihadapkan di depan hakim tempatan kerana masalah kesibukan di tempat lain.