Kuasa iklan zaman dahulu
Iklan
Secara umum, perkara paling penting dalam iklan adalah seni kata-katanya. Dialog, jika ada mesti jenis mempunyai kesan psikologi ke atas khalayak. Yang lebih mencabar lagi adalah mencari tagline yang betul-betul berkesan, yang ringkas, padu dan mudah diingat.
"...ANDA jadi sihat dan kuat!” Saya buang dua perkataan di hadapan.
Tetapi dengan lima perkataan yang terpampang di atas itu, saya yakin semua orang boleh meneka dengan tepat dua perkataan yang saya buang itu.