Belajar hingga PhD cari penawar penyakit dialami
Iklan
Siti Safura bersama kedua ibu bapa tercinta sewaktu konvokesyen UPM tahun 2015 dalam jurusan Fotokimia.
SHAH ALAM - Keinginan yang mendalam untuk mencari penawar penyakit menjadi pembakar semangat seorang pesakit penyakit jarang jumpa (PJJ), Spinal Muscular Atrophy (SMA) untuk menuntut ilmu hingga ke universiti walaupun terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran.
Exco Perubatan dan Penyelidikan, Persatuan Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM), Siti Safura Jaapar, 38, berkata, meskipun menghidap penyakit SMA sejak berumur dua tahun, dia tidak pernah berputus asa menimba ilmu sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).