Bajet 2022 bantu ringankan derita pesakit PJJ
Iklan
Persatuan Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM) merupakan sebuah persatuan yang mewakili suara para pesakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrophy (SMA) dan menyediakan sokongan untuk pesakit SMA serta ibu bapa yang mengurus mereka.
SHAH ALAM - Bajet 2022 lalu yang memperuntukkan RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk untuk memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa (PJJ) di Malaysia merupakan satu usaha murni pihak kerajaan.
Presiden Persatuan Spinal Muscular Atrophy Malaysia, Shakira Jamil Fisal berkata, pesakit jarang jumpa seperti antrofi otot tulang belakang (SMA) memerlukan pelbagai alatan bantuan perubatan namun kosnya agak membebankan terutama kepada golongan B40.