Generasi milenial jangan termakan sogokan
Iklan
Bukan lagi satu rahsia umum, perbuatan memberi sumbangan berupa keperluan harian, pakaian dan wang ringgit adalah sebahagian taktik calon memenangi hati pengundi. - Gambar kecil: Khairul Nizam.
MELAKA - Golongan muda wajar melakukan perubahan dengan menolak perbuatan gula-gula kempen pilihan raya baik dalam bentuk wang tunai atau barangan.
Presiden Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, perkara tersebut seakan sudah menjadi budaya sejak sekian lama oleh parti-parti politik di negara ini dan pengundi muda wajar menghentikan amalan membeli undi itu.