Persefahaman KL-Jakarta
Iklan
Ismail Sabri bersama Jokowi menyaksikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menunjukkan dokumen bersama Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati selepas menandatangani perjanjian di Istana Bogor. - Foto Bernama
KEPUTUSAN-keputusan yang dicapai antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) minggu lalu mencerminkan hasrat kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Minggu lalu penulis melahirkan hasrat agar pemimpin kedua-dua negara mementingkan isu rakyat bawahan seperti kemudahan perjalanan pasca pandemik dan isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia.