Martabatkan bahasa kebangsaan
Iklan
Kerajaan perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong segera bagi menentukan teks sahih Perlembagaan Persekutuan adalah teks dalam bahasa kebangsaan.
MUNGKIN ramai tidak tahu ketika ini teks sahih bagi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Inggeris. Walaupun Malaysia sudah 64 tahun mencapai kemerdekaan, kedudukan itu masih kekal sejak Perlembagaan Persekutuan digubal disebabkan Perkara 152 (3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan sedemikian.
Daripada laman sesawang yang dipaparkan Jabatan Peguam Negara, jabatan itu telah menterjemah naskhah sahih bahasa Inggeris itu ke dalam bahasa kebangsaan, namun ia tidak secara automatik menjadikan teks bahasa kebangsaan menjadi teks sahih.