Penunggang motosikal paling ramai maut
Iklan
Operasi dijalankan JPJ dilaksanakan bagi memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.
Golongan itu juga paling banyak melakukan kesalahan di jalan raya
SHAH ALAM - Menunggang secara melulu antara kesalahan lalu lintas yang dikesan banyak dilakukan penunggang motosikal di negara ini.
Ini termasuklah melanggar lampu isyarat, melawan arus dan menggunakan telefon ketika menunggang motosikal.