Kemakmuran China manfaatkan dunia
Iklan
Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.
PADA 2,000 tahun lalu, koleksi puisi China yang berjudul The Book of Songs telah menggambarkan hasrat rakyat untuk kehidupan yang makmur dan stabil iaitu kehidupan ‘Xiaokang’.
‘Xiaokang’ bermaksud kemakmuran sederhana, sinonim dengan menjalani kehidupan dan mencari rezeki dalam keadaan damai serta kepuasan. Ia mencerminkan aspirasi rakyat China untuk mengejar kehidupan lebih baik.