Pilihan tak raya
Iklan
Kelihatan bendera Parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dipasang sempena PRN Melaka di kawasan sekitar Ayer Molek. - Foto fail Bernama
SEJAK awal memang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak sepatutnya diadakan kerana negara masih berdepan pandemik Covid-19.
Tetapi apakan daya, ia sudah pun berlaku dan mahu tidak mahu ia mesti dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri di bawah Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri Melaka.