Imigran Asia dijadikan 'senjata' lawan EU
Iklan
Beberapa negara Eropah Timur menuduh Belarus menghantar imigran-imigran dari negara Asia ke sempadan negara tersebut. -Foto AFP
Belarus didakwa dengan sengaja membuka pintu sempadannya untuk membenarkan imigran Asia bolos masuk ke negara Eropah yang lain
BELARUS yang sebelum ini membentuk empayar Kesatuan Soviet pada era komunis kini menjadi sasaran kecaman daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hanya disebabkan oleh isu imigran dari Asia.
Kecaman itu dilakukan selepas ratusan imigran tersebut menyeberangi sempadan secara haram ke Poland baru-baru ini dengan ribuan lagi didakwa sedang menunggu untuk melakukan perbuatan yang sama.