Rancangan baharu AS 'peningkan kepala' Israel
Iklan
Palestin menolak cadangan Israel yang mahu Pejabat Konsulat Amerika Syarikat Untuk Penduduk Palestin dibuka di Ramallah. - Foto AFP
ISRAEL yang dipimpin oleh Perdana Menteri baharu, Naftali Bennett kini berdepan dengan rancangan baharu kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden Joe Biden daripada parti Demokrat tentang isu Palestin.
Rancangan itu yang dilihat tidak menyebelahi rejim Zionis tetapi menyebabkan Bennett 'pening kepala' apabila Washington tetap tidak berganjak untuk membuka semula Pejabat Konsulat AS Untuk Penduduk Palestin di Baitulmaqdis.