Belum terlambat baiki bahasa Melayu
Iklan
Hui Ying (kanan) membuat penjelasan menerusi video pada Isnin.
LANGKAH kem Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedikit sumbang apabila tular satu video seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying tidak fasih berbahasa Melayu.
Video itu mendapat kecaman daripada netizen yang mempersoalkan kredibiliti calon daripada MCA yang berusia 29 tahun itu sekiranya dia memenangi kerusi tersebut.