Pemimpin parti kerajaan saling sindir-menyindir
Iklan
Parti-parti kerajaan kini akan bertembung dalam PRN Melaka.
Ketua Pemuda Pas bidas sikap sombong sesetengah pihak, Timbalan Presiden UMNO tanya apa ilmu dipakai Bersatu terhadap Pas
SHAH ALAM - Seperti yang diramalkan, pertembungan parti-parti kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula menyebabkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan mula tidak sehaluan dan berbalas sindiran.
Terbaru, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang masih segar daripada kemenangan sebagai Ketua Pemuda Pas seminggu lalu, membidas sikap sombong dan ego sesetengah pihak sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka.