UAE perintis bakar sampah untuk tenaga elektrik
Iklan
Loji Nuklear Barakah di Emiriah Arab Bersatu membekalkan tenaga elektrik kepada sejumlah penduduk di negara itu. - Foto Perbadanan Tenaga Nuklear Emiriah
EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) menemui kaedah alternatif bagi membekalkan tenaga elektrik kepada penduduknya dengan menggunakan timbunan sampah-sarap yang semakin banyak ditemui di gurun yang tandus di negara itu.
Kaedah alternatif itu adalah dengan cara membakar lambakan sampah sarap yang dikumpulkan di dalam insinerator dan kemudian menukarkannya kepada tenaga elektrik.