Perpecahan BN, PN bukti ketidakcerdikan pemimpin Melayu: Mat Tyson
Iklan
Pertembungan calon-calon UMNO, Bersatu dan Pas dijangka memberi kesan besar kepada keputusan PRN Melaka dan hubungan dalam kerajaan Pusat.
SHAH ALAM -"Jangan salahkan sesiapa kalau ketiga-tiga parti dalam kerajaan kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November ini kerana perpecahan mereka bukti ketidakcerdikan pemimpin Melayu dalam bermain politik."
Demikian amaran Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) susulan kedua-dua koalisi parti Melayu berkenaan memutuskan untuk bergerak secara solo.