UMNO buka ruang dinasti baharu di Melaka
Iklan
Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) bersama Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media pengunguman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.- Foto Bernama
PERSOALAN yang dinanti-nantikan selama ini sudah terjawab apabila UMNO telah mengesahkan nama-nama calon mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini.
Apa yang lebih menarik, UMNO meletakkan strategi baharu dengan mencalonkan muka-muka baharu di samping calon muda kali ini untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.